KALAU BADAN RASA KEPANASAN, TAK PERLU GUNA KIPAS ANGIN ATAU PENYAMAN UDARA UNTUK SEJUKKANNYA.. INI CARANYA..

Apa yang anda lakukan ketika badan kepanasan? 

Dapat diagak, pastinya anda akan menghidupkan penyaman udara, mencari kipas angin, paling teruk mencari kipas tangan. Apa akan terjadi kalau anda tiada penyaman udara atau kipas, waktu badan terasa amat panas? Ini ada tips yang menarik untuk sejukkan tubuh badan anda waktu kepanasan.




Ternyata, Allah mencipta tubuh badan manusia dengan mempunyai beberapa titik yang boleh menyejukkan badan. Cukup dengan berikan air atau sesuatu yang sejuk, jadi titik-titik ini boleh membuatkan badan lebih cepat sejuk. Di bawah ini adalah empat titik yang boleh membuatkan tubuh badan anda jadi terasa sejuk untuk seketika.

1. Leher bahagian belakang
Meletakkan tuala atau kain yang sudah dibasahkan di tengkuk atau leher bahagian belakang boleh membuatkan badan anda terasa sejuk. Selain dengan tuala, anda boleh letakkan juga botol atau tin minuman yang sejuk di titik tersebut.
2. Siku bahagian dalam

Tahukah anda kalau meletakkan botol atau tin minuman sejuk di siku bahagian dalam selama 10 saat boleh bikin suhu badan jadi turun? Kerana tindakan ini dapat merapatkan kembali pembuluh darah di lengan yang melebar ketika kepanasan.
3. Pergelangan tangan
Selain siku bahagian dalam, meletakkan pergelangan tangan di air sejuk selama 30 saat juga boleh turunkan suhu badan selama 1 jam lebih. Usahakan supaya air yang anda gunakan iaitu air yang mengalir.
4. Telapak kaki
Anda memakai alas kaki serta terasa kepanasan? Segera bebaskan stokin kaki serta kasut yang anda pakai. Tindakan ini dapat melepaskan suhu panas dari dalam badan. Jika mahu lebih optimum, rendam kaki anda dalam air sejuk. 

Selamat mencuba.
Sumber: merdeka

{{ TOLONG 'SHARE'KAN }}

No comments:

Post a Comment