Bintik Putih Akibat Panau atau Gejala Kusta? Inilah Cara Membezakannya

Kusta ditandakan dengan munculnya gejala bintik-bintik putih seperti panau. Keadaan inilah yang menjadi salah satu faktor kusta sering lewat ditangani hingga akhirnya diubati setelah timbul kecacatan. Lalu, bagaimana  mahu membezakan bintik-bintik putih itu sebagai gejala kusta atau panau? 


Secara umumnya tompok putih pada panau awalnya ada unsur gatal dan agak kemerahan. Kalau gejala kusta, ia tidak ada rasa gatal dan tiada rasa.

Bintik-bintik atau tompok putih umumnya menjadi gejala kusta kering. Manakala, pada kusta basah, gejala yang dijumpai ada tompok kemerahan seperti kurap dan tanpa rasa. Bezanya, jika kurap, rasa gatal lebih dominan. Pada kusta, tompok merah tapi tiada rasa.

Keadaan tiada rasa ini cenderung dibiarkan hingga terjadi kecacatan. Apalagi stigma dalam masyarakat cenderung membuat pesakit menarik diri hingga lewat diubati.

Kerap kali terjadi, penyakit kusta lewat dirawat kerana ia dianggap panau. Maka sebaiknya, ketika muncul gejala tompok putih atau kemerahan, adalah disyorkan anda segera periksa ke pakar kulit untuk memastikan bahawa itu benar-benar panau, kurap, atau kusta.

Kalau itu kusta bererti ia boleh dikesan lebih awal, pengobatan lebih cepat dilakukan sehingga kecacatan boleh dicegah. Tidak hanya di kulit bahagian tubuh terbuka saja seperti punggung atau tangan, tompok juga boleh muncul di kawasan tertutup misalnya lipatan ketiak atau celah kelengkang.

No comments:

Post a Comment